Friday, October 26, 2012

Mahmoud dilarang lawat penjara


         
DUBAI: Pihak berkuasa perundangan di Iran sekali lagi menolak permintaan Presiden Mahmoud Ahmadinejad untuk melawat sebuah penjara negara itu.

Usaha Mahmoud untuk melawat Penjara Evin itu dilihat pihak berkuasa berkenaan sebagai mempunyai kaitan dengan penahanan penasihat medianya, Ali Akbar Javanfekr.


Ali menjalani hukuman penjara enam bulan di penjara itu selepas didapati bersalah menerbitkan artikel yang disifatkan menghina Islam. Mahkamah Iran menolak permintaan pertama Mahmoud Ahad lalu dengan berkata, beliau tidak mempunyai alasan untuk melakukan lawatan itu ketika negara berdepan dengan krisis ekonomi. Mahmoud menuduh badan perundangan itu bertindak tidak mengikut perlembagaan. - AFP

No comments:

Post a Comment