Saturday, October 6, 2012

Peguam Arab dituduh tali barut Hizbullah

BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel semalam mendakwa seorang peguam keturunan Arab warga negara itu atas tuduhan mengintip untuk kumpulan Hizbullah Lubnan. Milad Khatib dituduh mengumpulan maklumat mengenai keselamatan presiden Zionis dan penempatan tentera.
Menurut kenyataan agensi perisikan tempatan, Shin Bet, Milad, 26, dari Kampung Majd al-Krum mula bekerja untuk cabang Hizbullah di Denmark pada 2009.
Dia diarah mengumpulkan maklumat mengenai pangkalan tentera dan senjata Zionis di samping butiran mengenai kawalan keselamatan dan rombongan presiden Israel serta pegawai awam lain.

Ogos lalu, Milad didakwa mengekori Presiden Israel, Shimon Perez di kampung halamannya, mengumpulkan maklumat mengenai keselamatannya.


Pihak berkuasa Zionis menuduhnya merancang menyalurkan maklumat itu kepada ejen Hizbullah tetapi ditangkap sebelum dapat berbuat demikian.

Setakat ini, tidak jelas maklumat yang pernah dibekalkan Milad kepada Hizbullah. - Reuters 

No comments:

Post a Comment