LONDON 6 Okt. - Pemimpin radikal Islam, Abu Hamza gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi di sini semalam untuk menghalang diekstradisi dari Britain ke Amerika Syarikat (AS) bagi menghadap pertuduhan melakukan keganasan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121006/lu_09/Rayuan-Abu-Hamza-tidak-diekstradisi-ke-AS-ditolak#ixzz28Vas8Gzt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Hakim John Thomas berkata, permohonan Hamza dan empat pengikutnya ditolak dan proses ekstradisi kelima-lima tertuduh ke AS akan dilaksanakan secepat mungkin.
Dua hakim di mahkamah itu menolak permohonan Hamza, 54, yang menuntut tidak diekstradisikan atas alasan mahu menjalani ujian perubatan bagi menilai kesihatannya untuk dibicarakan di AS.
Permohonan empat pengikutnya, Khaled Al-Fawwaz, Syed Tahla Ahsan, Adel Abdul Bary dan Babar Ahmad turut ditolak. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121006/lu_09/Rayuan-Abu-Hamza-tidak-diekstradisi-ke-AS-ditolak#ixzz28Vas8Gzt
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment