Saturday, October 6, 2012

Rakhine tiada liputan Internet


       
YANGON: Pengamal media yang akan menyertai kumpulan utama untuk bertugas dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Rakhine, Myanmar, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) berkemungkinan menghadapi masalah perhubungan apabila dikhabarkan tiada perhubungan Internet di sana nanti.

Justeru, empat wakil media yang disertai wartawan Harian Metro, Mohd Hafizee Mohd Arop bersama Jurugambar, Supian Ahmad; Editor KL Pos, Tun Izhalmi Ishak serta jurukameranya, Ahmad Azhari Khairi akan bersama kumpulan pertama diketuai Naib Presiden KP1M, Mohd Farid Hssan memasuki Rakhine hari ini bagi menilai situasi keadaan di sana.


Pengurus Operasi Misi Bantuan Kemanusiaan ke Rakhine, Myanmar, KP1M, Nasir Khan Abdul Rahman berkata, perhubungan di sana amat terhad dan ini akan menyukarkan pihak media untuk menghantar berita ke Malaysia.

“Kami dapat tahu tiada perhubungan Internet di sana, namun talian telefon masih boleh digunakan, tetapi mengalami gangguan seperti talian kurang jelas,” katanya.


Nasir berkata, permit untuk memasuki Rakhine bagi 55 sukarelawan sudah diperoleh dan kumpulan pertama akan memasuki Rakhine awal sehari daripada kumpulan utama.


Katanya, ia hasil kerjasama baik diberikan kerajaan Myanmar dan disebabkan itu permit mudah untuk diperoleh dan melancarkan misi terbabit berjalan seperti dirancang.

“Alhamdulillah, kami berjaya memperoleh permit memasuki Rakhine dan misi murni yang ingin dilakukan ini tidak menghadapi masalah,” katanya.

No comments:

Post a Comment