WASHINGTON 21 Nov. - Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha memohon ekstradisi daripada kerajaan Malaysia supaya memerintah seorang rakyat Iran yang dituduh cuba mengeksport secara haram antena tentera buatan negara ini ke Iran dihantar ke AS untuk dibicarakan, menurut pegawai semalam.
Amin Ravan yang ditahan di Malaysia selepas AS mengeluarkan waran tangkap pada 10 Oktober lalu, berdepan hukuman penjara sehingga 35 tahun jika sabit kesalahan atas dakwaan melanggar kawalan eksport, menyeludup dan terlibat dengan konspirasi, menurut dakwaan tersebut.
Ravan melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Iran, IC Market Iran (IMI), mengeksport 55 antena tentera dari AS ke Singapura dan Hong Kong antara Julai dan September 2007 untuk dihantar ke Iran dan mengelak sekatan AS.
"Antena yang dibeli itu sesuai digunakan untuk sistem mendapatkan arah tuju pada pesawat dan kapal atau sebagai aplikasi penerima amaran, selain boleh dijadikan antena jalur lebar yang sesuai untuk persekitaran di dalam pesawat dan kapal, termasuk beberapa pesawat tentera," kata kenyataan Jabatan Kehakiman AS.
Dua rakan subahatnya telah ditahan di Singapura pada tahun lalu dan AS turut memohon supaya mereka diekstradisi dibicarakan di AS. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121122/lu_02/AS-mohon-Malaysia-ekstradisi-warga-Iran#ixzz2CwslgI4x
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment