KUALA PILAH - Seorang warga emas kini terpaksa menggunakan lampin pakai buang setiap hari selain badannya dahulu berisi kini hanya tinggal tulang sahaja berikutan hanya boleh minum susu khas sebanyak empat jam sekali menerusi hidungnya.
Sudah tujuh bulan, bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Dioh Seberang Pekan, Zainon Johari terlantar sakit akibat diserang penyakit strok.
Dia kini dijaga oleh anak saudaranya, Salina Ramli dan dibantu suaminya, Anuar Sharif.
Anuar berkata, sebelum ibu mertuanya sihat, dia sangat ceria dan aktif melibatkan diri dalam dunia politik malah Zainon juga merupakan bekas ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dioh Seberang Pekan serta ahli Persatuan Perkumpulan Wanita (WI).
"Begitu juga dengan arwah ayah, Ramli Ujang yang pernah memegang jawatan ketua kampung di sini. Jasa mereka memang tiada tandingan dalam membantu Umnp dan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Bercerita mengenai penyakit ibu mertuanya, Anuar berkata, ibu diserang penyakit strok secara tiba-tiba.
“Ibu memang ada penyakit darah tinggi dan jantung, tetapi tidak menyangka dia diserang strok.
“Makan memang tidak boleh lagi, ibu juga terpaksa menggunakan lampin pakai buang setiap hari. Mata sudah kabur manakala telinga juga tidak dengar. Kadang kala panggil nama ibu, dia tidak menyahut begitu juga tiada reaksi dari matanya,” katanya ditemui di rumahnya, semalam.
Dalam pada itu katanya, permohonan yang dibuat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih belum diterima sehingga kini.
Sementara itu, atas keprihatinan kepada nasib bekas Ketua Wanita Umno cawangan ini, Umno Taman Angkasa menziarahi dan menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada keluarga Zainon.
Timbalan Umno Cawangan Taman Angkasa, Rusli Shariff, 44, berkata, sumbangan dihulurkan bagi pihak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurutnya, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga berkenaan.
“Bantuan yang dihulurkan ini memberi gambaran bahawa Umno sentiasa mendahulukan rakyat terutama yang sakit.
“Meskipun mengutamakan soal pembangunan tetapi rakyat tetap tidak dipinggirkan dan sentiasa diberi perhatian sewajarnya,” katanya.
Hadir sama, Ketua Umno Taman Angkasa, Rashid said dan JKKK.

No comments:
Post a Comment