22 November 2012
MARANG – Pokok jenis melaka kijang, milik seorang nelayan di Jalan Surau Ayah De, Darat Pak Chan di sini, menjadi tumpuan ramai kerana memiliki keistimewaan tersendiri apabila salah satu daripada dahan pokok berkenaan berwajah manusia.
Wajah manusia pada dahan pokok kayu hutan yang dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis itu juga agak menakutkan dan keunikannya disedari Abdullah Ali, 57, ketika berehat di pekarangan rumahnya.
“Saya terus memanggil anak yang lain untuk sama-sama melihat wajah dahan pokok berkenaan yang pelik dan menakutkan tetapi menarik,” kata nelayan 10 anak itu ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Jalan Ayah De, di sini, semalam.
Abdullah berkata, salah seorang anaknya juga merakam wajah pada dahan pokok itu menggunakan telefon bimbit dan ia kelihatan lebih jelas berbanding melihatnya secara langsung.
Menurutnya, nama pokok melaka kijang itu hanya diketahui selepas dia berjumpa seorang pengamal perubatan tradisional yang juga kenalan lamanya di kampung berhampiran untuk mengetahui jenis dan kegunaan pokok itu secara terperinci.
“Saya tanam pokok ini kira-kira empat tahun lalu dan ketika itu, saya hanya mengetahui pokok ini dapat dijadikan ubat untuk mengubati penyakit kencing manis tetapi saya tidak mengetahui jenis pokok sehinggalah diberitahu rakan,” katanya.
Abdullah berkata, mungkin ada rahsia di sebalik kejadian itu namun dia tidak mahu masyarakat terlalu taksub dan menganggap dahan pokok berwajah manusia berkenaan mampu mengubati penyakit atau berpenunggu serta sebagainya.
“Saya juga akan terus menjaga pokok ini yang mungkin berguna satu hari nanti,” katanya.
Kejadian itu adalah yang kedua berlaku di daerah ini selepas dua sahabat di Kampung Kijing turut mengalami pe-ngalaman sama apabila mereka melihat seraut wajah muncul pada batang pokok tembesu, Mei lalu.
Dua rakan yang juga nelayan itu terkejut apabila seraut wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di kampung itu pada 31 Mei dan disiarkan Sinar Harian 1 Jun lalu.
Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata, selama ini dia tidak pernah perasan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu sehinggalah diberitahu anaknya, lalu melaporkan kejadian itu kepada Sinar Harian.

No comments:
Post a Comment