Thursday, November 22, 2012

Kandungan Perjanjian Gencatan Senjata




Perjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui oleh Israel dan Palestin bermula semalam akan di uji selama 24-72 jam.

Sumber mengatakan bahawa Israel enggan menandatangani kertas perjanjian dan mengumumkan komitmen mereka untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa tandatangan dan perjanjian bertulis.

Syarat melepaskan sekatan keatas Semenanjung Gaza menjadi sebab utama penangguhan pengumuman gencatan senjata sejak 3 hari lalu.

Sumber juga menyebut bahawa kerajaan Palestin bersetuju apabila Presiden Mesir menjadi penjamin supaya perjanjian gencatan senjata ini berlaku.

Mesir berjanji akan membuka sepenuhnya sekatan terhadap Gaza walaupun Israel tidak menandatangani kertas perjanjian tersebut.

Persetujan terhasil apabila Israel bersetuju dengan menjadikan Mesir sebagai orang tengah dengan syarat hentikan penyeludupan senjata.

Isi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui:

A - Israel akan menghentikan semua bentuk permusuhan dan tindakan ketenteraan di Semenanjung Gaza melalui darat, laut dan udara termasuk pencerobohan dan orang-orang yang disasarkan.

B - Puak-puak Palestin untuk menghentikan semua operasi dari Semenanjung Gaza ke arah sebelah Israel, termasuk tembakan roket dan serangan ke atas garis sempadan.

C - Pembukaan sempadan dan memudahkan pergerakan orang dan barangan dan tidak menyekat pergerakan orang atau orang yang disasarkan di kawasan sempadan berkuat kuasa selepas 24 jam berlakunya Perjanjian.

D - akan membincangkan apa-apa isu-isu lain jika diperlukan.

TT Aman Palestin Mesir
Sumber:
elfagr news

No comments:

Post a Comment