Israel – Kekejaman zionis kepada penduduk Gaza telah menyebabkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Pelbagai usaha dilakukan untuk menghancurkan rejim berkenaan.
Salah satu daripadanya adalah melalui serangan siber ke atas laman web kerajaan Israel.
Sejak Israel mula membedil Gaza pada Rabu lalu, sebanyak 44 juta cubaan menggodam laman web kerajaannya telah dilakukan, dengan satu godaman berjaya menembusi laman web tersebut selama 10 minit.
Dalam sehari pula beratus-ratus cubaan dilakukan untuk menggodam jabatan kerajaannya dengan sasaran utama adalah Jabatan Pertahanan serta pejabat Perdana Menteri, Presiden dan Menteri Luar Israel.
Penggodaman itu dilakukan di seluruh dunia, tanda dunia membenci tindakan ganas dan tidak berperi kemanusiaan rejim zionis yang tidak berhati perut itu.
Bukan itu sahaja, terdapat juga cubaan godaman itu dikesan dari dalam Israel sendiri.
Bimbang dan takut jika godaman berkenaan berjaya, Israel kini telah meningkatkan pemantauannya dengan menyekat semua serangan siber berkenaan.
Malah, pihak berkuasanya terpaksa mengarahkan kementeriannya supaya melaksanakan operasi
kecemasan bagi menyekat serangan yang datang bertali arus itu.
Dalam pada itu, 11 orang daripada satu keluarga menjadi korban terbaru dalam serangan udara Israel ke Gaza, semalam.
Serangan itu dilakukan selepas beberapa jam kepimpinan Israel mengumumkan bahawa ia telah bersedia untuk meluaskan operasi ketenteraannya.
Dalam kejadian itu, roket zionis telah membedil rumah dua tingkat yang didiami keluarga Daloo, menyebabkan 11 orang termasuk empat kanak-kanak dan lima wanita terbunuh.
Antara yang maut itu adalah seorang nenek berusia 80 tahun.
Dengan menjadikan alasan serangan dilakukan bagi memburu pejuang Hamas, Israel sebaliknya menggunakan alasan itu untuk menghapuskan penduduk Palestin.
Hakikatnya, mangsa maut adalah orang awam terutama kanak-kanak yang tidak berdosa.
No comments:
Post a Comment