22 November 2012
TANAH MERAH - Kehilangan suami tersayang sedikit terubat buat empat wanita yang berkongsi kasih arwah sebelum ini, apabila menerima cek sumbangan Badan Ihsan Anggota Pendidik Kelantan secara sama rata.
Cek disampaikan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Hussain Awang itu amat bermakna buat keempat-empat isteri Allahyarham Abdullah Othman, 56, penyelia kanan pengurusan sekolah rendah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah.
Isteri kedua arwah, Noor Katini Awang, 46, berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir pada 27 Oktober lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab (PRPZ 11), Kota Bharu setelah dua bulan menderita sakit kritikal.
Menurutnya, kehilangan suami menyebabkan dia tiada tempat bergantung kerana sebelum ini hanya bergelar suri rumah.
Malah menurutnya, dia terpaksa menyara tujuh anaknya yang berusia antara lapan hingga 24 tahu.
“Mahu atau tidak saya kena bekerja selepas ini bagi menyara kami anak beranak, mungkin aktifkan lagi perniagaan manakan segera secara kecil-kecilan.
“Pemberian cek dari badan Ihsan sekurang-kurangnya meringankan beban serta rasa diri ini tidak dipinggirkan bila berdepan detik sukar.
"Kehilangan arwah sangat dirasai kerana dia seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab,” katanya semalam.
Dia kini menetap di Bukit Belah, Taman Desa Harmoni, Machang.
Sementara itu, Hussain berkata, cek badan Ihsan berjumlah RM10,000 dibahagi sama rata dan setiap isteri arwah menerima RM2,500.
Tambahnya, arwah merupakan pekerja yang komited sejak mula berkhidmat pada awal 1980an dan merupakan orang kanan bidang ICT serta multimedia.
“Pemergian arwah satu kehilangan besar buat PPD Tanah Merah dan pihak JPN khususnya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hussain berkata, ahli badan Ihsan seluruh negeri mencecah 33,000 seluruh negeri dimana sehingga kini 96 ahli meninggal dunia dan nilai penyerahan berjumlah RM960,000.
Sehubungan itu, badan ihsan juga telah membeli aset seperti gudang untuk disewa bagi pusingan modal dan dijaga audit bertauliah dalam memastikan badang itu terus aktif menjaga kebajikan ahlinya.
Isteri Allahyarham terdiri daripada Jeriah Sidek, Noor Katini, 46, Nor Haszira Nordin, 36 dan Asma Hani Arifin, 31.

No comments:
Post a Comment