Thursday, November 22, 2012

Seorang pemimpin tertinggi Parti Nour Salafi di Mesir

Seorang pemimpin tertinggi Parti Nour Salafi di Mesir, Yunus Makhyoun (gambar) mendakwa, pertumpahan darah dan kegawatan yang berlaku di negara-negara Arab waktu ini berpunca dari fahaman sesat Syiah kerana perselisihan antara Syiah dan Sunni merupakan pertembungan yang membabitkan aqidah.

Makhyoun mengulas demikian ketika dihubungi dalam satu prgram televisyen "OnTV" dan berkata, "Syiah yang men
gapi-apikan fitnah yang berlaku di Yaman, Iraq, Syria, Lubnan dan lain-lain."

"Syiah merupakan agama yang menyalahi ajaran Islam samada secara umum atau khusus. Mereka diiktibarkan sebagai kufur kerana di sisi mereka terdapat imam-imam,menunggu munculnya Imam (Mahdi) yang kononnya akan muncul dari batu manakala Khomeini pula melampau-lampau dari wilayah Faqeh yang kononnya mendakwa dia adalah pengganti sementara Imam Mahdi hingga dia muncul."

Oleh itu, Makhyoun memuji langkah Al-Azhar yang mewujudkan sebuah jawatankuasa peringkat antarabangsa yang terdiri daripada kalangan ulamak dari Salafi, Tasawuf dan kumpulan Islam lain bagi berhadapan dengan Syiah.

Kebelakangan ini, beberapa siri penerangan diadakan kepada para imam dan pendakwah di Mesir bagi menjelaskan kefahaman Syiah, aqidah mereka, perancangan politik semasa mereka selain menjelaskan konsep mendekatkan antara Sunni dengan mazhab-mazhab lain.

Selain itu, pentadbiran Al-Azhar juga menetapkan agar siri-siri penerangan seperti itu dilakukan kepada segenap lapisan masyarakat secara berkala.

No comments:

Post a Comment