PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk serangan udara ke atas Kompleks Perindustrian Tentera Al-Yarmouk di Khartoum, yang menyebabkan kematian beberapa rakyat Sudan serta mengakibatkan kemusnahan harta benda awam.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden 24 Okt lepas itu.
"Malaysia amat bimbang dengan serangan ganas itu yang telah menggugat kedaulatan Republik Sudan serta mengancam keamanan dan keselamatan bukan sahaja di negara tersebut, malahan juga di rantau berkenaan," katanya dalam satu
kenyataan hari ini.- Bernama
kenyataan hari ini.- Bernama
No comments:
Post a Comment