Sunday, November 4, 2012

PM Turki akan lawat Gaza




         
ANKARA: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan akan melawat Gaza tidak lama lagi.

Beliau akan menjadi pemimpin negara asing kedua berbuat demikian dalam masa puluhan tahun selepas Emir Qatar, Sheikh Hamad Al-Thani menjadi pemimpin pertama menjejakkkan kaki di wilayah Palestin itu bulan lalu.


Kunjungan yang akan dilakukan pemimpin Turki itu disifatkan sebagai bukti kesungguhan Ankara untuk menghentikan kepungan Israel ke atas Gaza.

Media Turki melaporkan, belum ada tarikh ditetapkan untuk lawatan itu tetapi ia akan dilakukan dalam masa terdekat ini.


Laporan lain menyatakan, Erdogan berhasrat untuk mendamaikan dua kumpulan Palestin yang bertelagah, Hamas yang menguasai Gaza dan Fatah yang menguasai Tebing Barat, ketika melakukan kunjungan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment