Militan
Suspek menaiki pesawat untuk disoal siasat di Palu.
POSO - Polis Indonesia dan unit antikeganasan menembak mati individu disyaki militan dalam serbuan di sebuah rumah di kampung Kayamaya, daerah tengah, Poso, Sulawesi.

Jurucakap polis kebangsaan, Boy Rizalrazali Amar berkata, operasi serbuan itu bagi mencari serpihan kumpulan militan yang masih bebas.

“Seorang terbunuh, seorang lagi ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis di bandar Palu untuk di soal siasat,” katanya.

Menurutnya, ketika operasi dilakukan, terdapat insiden tembak menembak selepas individu terbabit membaling bom buatan sendiri ke arah polis hingga memaksa anggota keselamatan berbalas tembakan.

“Kami turut merampas beberapa senjata dan peralatan membuat bomdari rumah itu,“ katanya. - AFP