4 November 2012
SHAH ALAM – Sekiranya kerajaan Myanmar masih enggan mengiktiraf masyarakat Islam Rohingya sebagai rakyat negara itu, komuniti dunia wajar membantu etnik tertindas itu.
Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (Merhrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, jika dirujuk kepada sejarah, lebih 800 tahun lalu, jelas menunjukkan majoriti penduduk di negeri itu adalah masyarakat Islam Rohingya.
“Itu adalah negeri kami, hak kami… jadi dunia harus bantu kami untuk membantu kami mendapat kembali hak kami yang dinafikan.
“Apa yang berlaku sekarang, sudah tidak ada jaminan nyawa di Arakan (kini Rakhine) di tambah pula beribu-ribu nyawa sudah melayang,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Mengulas isu sama, Zafar Ahmad turut menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan pemenang hadiah Nobel Keamanan, Aung Sang Suu Kyi yang enggan membela atau memihak kepada masyarakat Islam Rohingya.
Katanya, apa erti Suu Kyi menggalas anugerah itu sekiranya pada hakikat beliau sendiri enggan bersuara terhadap bangsa yang ditindas dalam negaranya sendiri.
Katanya, Suu Kyi sebelum ini hanya bercakap mengenai demokrasi, tetapi beliau sendiri gagal memperjuangkan apa yang dikatakan.
“Di manakah keadilan yang disuarakan sebelum ini?
“Suu Kyi perlu bertanggungjawab semua kejadian berdarah yang meragut nyawa ramai masyarakat Islam Rohingya yang berlaku sejak 6 Jun sehingga 21 Oktober lalu,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment