20 Disember 2012
KUANTAN – Kerajaan telah memutuskan untuk membeli pesawat Eurokopter EC725 bagi menggantikan helikopter Nuri S61A4 bagi memenuhi keupayaan mencari dan menyelamat (SAC) TUDM di negara ini.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, sebagai permulaan, kerajaan meluluskan pembelian 12 Helikopter Utiliti (HU) EC725 dengan Syarikat Eurocopter Perancis melalui kontrak yang dimeterai pada 14 Julai 2012 berjumlah RM1.6 bilion.
Menurutnya, pesawat itu diterima secara berperingkat bermula bulan ini sehingga Januari 2014. Dari segi operasi, pesawat ini akan dikendalikan melalui sistem pesawat berinstrumen tinggi dan berkeupayaan dalam apa jua keadaan cuaca.
“Selain menentukan isu dasar, kewangan dan kontrak, Kementerian Pertahanan (Kementah) juga terlibat menetapkan objektif untuk program ini dalam usaha membangunkan teknologi pertahanan melalui industri aeroangkasa tempatan.
“Sepertimana yang telah diluluskan oleh pucuk pimpinan TUDM, Eurokopter EC725 akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan sebanyak lapan buah dan Pangkalan Udara Labuan sebanyak empat buah," katanya.
Kata Rodzali, dua pangkalan udara itu menjadi pangkalan utama pesawat berkenaan berdasarkan kepentingan strategik, kawasan operasi dan infrastruktur sedia ada selain keperluan sokongan aktiviti senggara dan latihan,” katanya.
Katanya, antara faktor lain yang mempengaruhi penempatan pesawat itu adalah kemasukan SU-30MKM yang berpangkalan di Pangkalan Udara Gong Gedak dan kepentingan strategik ketenteraan di Laut China Selatan.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Pengenalan Pesawat Eurocop EC725 kepada Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah selaku Kolonel yang Dipertua TUDM.
Hadir sama, Datuk Seri Diraja, Adnan Yaakob.
Sultan Pahang turut dibawa mencemar duli meninjau dengan lebih dekat lagi pesawat terbaru milik TUDM ini dan diberi taklimat ringkas berkenaan ciri fizikal pesawat EC725 ini.

No comments:
Post a Comment