Thursday, December 20, 2012

lmuan menghormati ulama'.

I
lmuan menghormati ulama'.

Syeikh Muhammad 'Ali As-Shobuni ialah Ketua Ulama di Syria, Pakar Tafsir Al-Quran, antara 10 Ulama terhebat yang masih hidup di kalangan kita sekarang.

Pesanan: Janganlah kita menghina orang yang jauh lebih berilmu dari kita. Tiada manusia maksum selain Nabi dan Rasul. Semua manusia berbuat dosa. Jangan kerana nila yang setitik, susu sebelanga dirosakkan. Respect mereka kerana ilmunya. Nah, hadis2 berkaitan kedudukan ilmu di mata Nabi saw dan Allah:

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Kelebihan seorang berilmu dengan seorang abid adalah seperti kelebihanku dengan orang paling rendah darjatnya dikalangan kamu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Daripada Abu Darda’ r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Daripada Sa’ad bin Abu Waqqas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah warak."
(Riwayat al-Hakim)

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain."
(Riwayat al-Bukhari)
 

No comments:

Post a Comment