Thursday, December 20, 2012

Mungkin ramai yang tak tau

 Mungkin ramai yang tak tau apa sebenarnya isu Lynas ini. Isu yg utama adalah sisa-sisa buangan toksidnya. Bukan tentang operasi kilangnya itu. Walaupun ada kontranya tapi kita tumpukan pada sisanya dulu.

Mengikut kapasiti kilang Lynas, Lynas Advanced Material Plant (LAMP) akan mengeluarkan 64,000 tan sisa-sisa buangan radioaktif setahun di mana pelan pelupusan bahan tersebut masih lagi tidak terjawab sehingga kini.

Kerajaan selalu mengatakan ia memberikan manfaat ekonomi kepada negara....

BN kata
LAMP akan menyumbang 1% kepada Keluaran dalam negara kasar (KDNK)
TETAPI
Lynas diberi 12 tahun pelepasan cukai, walaupun margin keuntungan 75% Malaysia tak dapat satu sen pun

BN kata
LAMP akan merangsangkan ekonomi tempatan
TETAPI
Kesan kepada ekonomi tempatan agak terhad kerana perbelanjaan utama LAMP hanyalah kepada bijih nadir bumi yang diimport dari Australia dan Lynas hanya mengajikan 350 pekerja sahaja

BN kata
LAMP akan menarik industri teknologi ke Malaysia
TETAPI
Lynas sendiri sudah menandatangani kontrak bekalan selama 10 tahun dengan pelanggan2nya diluar negara

BN kata
Industri nadir bumi adalah lestari
TETAPI
Malaysia tidak ada bijih nadir bumi. Ia mestilah diimport dan dibawa masuk ke Malaysia. Jadi selepas di proses ke manakah sisa-sisa itu dilupuskan.

Admin pulak kata
Malaysia akan jadi tong sampah untuk sisa-sisa radioaktif
 —

No comments:

Post a Comment