Thursday, December 20, 2012

Syeikh Muhammad Ali As Shoubuni: Isu SYRIA !

Syeikh Muhammad Ali As Shoubuni: Isu SYRIA !
Sheikh Muhammad Ali As Shoubuni dalam membicarakan Isu Syria di Kelantan baru-baru ni dan kata-kata beliau diterjemah oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Karim.

Antara isi ucapan beliau :

Isu Syria oleh Syeikh Muhammad Ali As-shoubuni

1) Aku ni bukan Shoub sabun untuk basuh baju tapi aku adalah Shoub yang akan membasuh jiwa-jiwa manusia.

2) Rasulullah bercerita kepada sahabat, “semua kamu akan masuk Sorga kecuali golongan yang enggan, siapa yang dengar arahan aku dia masuk Sorga.

3) Syeikh tanya, kita kenal tak Iran dan sayang tak pada Iran. Siapa yang menyayangi Iran, dia akan berkumpul dengan Bashar di akhirat nanti.

4) Kami menyangka Iran adalah golongan yang baik, tapi ketua-ketua mereka telah bekerjasama dengan Rusia, China dan Bashar telah membunuh lebih 50 000 orang rakyat Syria.

5) Cerita satu pengalaman, ketika jumpa Syeikh Ramadhan Al-Buti. Bila Hafiz Assad mati, camne Syeikh Ramadhan Buti boleh imamkan sembahyangkan Hafiz Al-Assad, Syeikh Ramadhan al-buti menjawab, kenapa kau tanya soalan tu, adakah kau belah dada dia, adakah kau tau yang dia tak beriman? Syeikh Muhammad Ali menjawab, aku bukan tuhan untuk aku tahu hati al-Assad tetapi kau tak tahu ke apa yang Allah kata dalam Quran, “jgn kamu sembahyangkan jenazah orang cmni dan jangan kamu berdiri atas kuburnya.sebab murka Allah akan turun kepada orang yang zalim macam ni” Inilah sebabnya ulama’ bersama kerajaan yang zalim. Rakyat Syria telah dibunuh hampir 200 000 orang.

6) Cerita pasal Khabab al-arat yang meminta Rasulullah doa supaya Islam menang dengan segera. Rasulullah marah bila Khabab meminta sedemikian. Tak tahukah kamu bahawa orang dahulu digergaji, dibunuh demi pertahankan Islam. Tapi kau dengan mudah mahu meminta supaya Islam dimenangkan dengan cepat. Khabab ni disiksa dengan cara disalai atas bara apa, dan meleleh peluhnya sampai terpadam bara api tu.

7) Kita kena jadi orang Islam yang alert, memahami da tahu apa yang berlaku. Umat pada hari ini melihat kebangkitan Orang Islam. Allah telah jatuhkan pemerintahan yang zalim di Tunisia, Libya, Mesir, Yaman dan insyaallah semakin ahmpir kemangan umat Islam untuk Allah menjatuhkan pemeritah yang zalim iaitu Bashar Al-Assad. Allah berkata dalam Quran, “adalah menjadi tanggungjawab kami memberi kemenangan kepada umat Islam.”

8) Pada dulunya orang Islan sedikit, tapi semakin lama semakin bertambah dan sekrang umat Islam mencecah ratusan juta dan mungkin ribuan juta yang mengucapkan kalimah LAA ILAHA ILLALLAH. Insyallah walau macam mana sekalipun, pemerintahan yang zalim pasti jatuh, dan hari ini Allah baru menunjukkan sedikit kekuasaanya iaitu telah menghantar taufan ke Amerika dan mereka telah kerugian 50 billion dollar disebabkan muqaddimah taufan yang dihantar oleh Allah. Insyaallah kita mengharapkan Allah memberi kemenangan kepada umat Islam untuk Allah balakan Israel yang sedang mengganas membunuh umat Islam di Palestin hari ini.

9) Syeikh sebut, bila ada 6 atau 5 orang yahudi yang dibunuh satu dunia bising, satu dunia mempertahankan yahudi ini, satu dunia mengatakan yang membunuh orang yahudi ini adalah pengganas. Tapi bila Bashar al-Assad membunuh rakyat Syria yang menyebabkan kematian lebih 200 000 orang seluruh dunia mendiamkan diri, seluruh dunia buat tak tahu dan tidak ada apa-apa tindakan yang kena kan kepada Bashar al-assad ini. Seluruh negara, hatta negara umat Islam, negara-negara arab sendiri menghina umat Islam di Syria, mereka menganggap ini adalah masalah dalaman dan akhirnya orang Syria mengeluarkan perkataan, “Tidak ada yang menolong kami selain Allah SWT.” Walau kami(orang syria) dihina, tapi kami yakin Allah bersama-sama dengan kami sekalipun orang-orang yang zalim tidak mengendahkan kami, tapi kami berpegang bahawa Allah sajalah yang akan membantu kami.

10) Allah telah berfirman dalam quran, “sesungguhnya Allah bersumpah, Kami akan membantu Rasul-rasul Kami dan golongan yang beriman.” Bila Allah nak beri kemenangan? Adakah masa akhirat kelak? TIDAK! Bantuan Allah akan beri pada di dunia, sesekalipun ramai yang tidak menginginkan kemenangan ini berlaku, sekalipun Bashar, Amerika, Isreal enggan menginginkan kemenangan ini, tapi Insyaallah agama yang dibawa oleh Muhammad SAW akan diberi kemenangan.

11) Allah ada sebut dalam Quran, “bahwasanya dunia merupakan tempat beramal, dan insyaallah kita akan mendapat balasan di akhirat.” Allah juga sebut dalam Quran, “Mukminin dan Mukminat, mereka ni saling tolong menolong dalam amar makruf nahi mungkar, mereka tunaikan zakat, solat dan mereka akan mendapat rahmat daripada Allah.” Lepas tu syeikh tanya, bila rahmat akan turun? Rahmat akan turun bila kita buat amar makruf nahi mungkar. Dan apabila kita berdiam diri diatas kebatilan, ditakuti Allah akan membalakan sesuatu kepada kita.

12) Allah menjanjikan di dalam Quran, “sesiapa yang menolong agama Allah, Allah akan menolong dia.” Syeikh kata, marilah kita bersungguh dalam menjalankan agama Allah. Insyaallah akan membantu kita dan memberi kemenangan pada kita.

13) Syeikh sebut, Syiah telah ditakdirkan Allah untuk hidup dalam kesesatan. Syeikh bercerita pengalaman bersama dengan seorang Syiah, syeikh bertanya kpd orang Syiah ini, siapa yang menemani Nabi ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah? Dalam quran Allah berfirman, ketika Nabi memujuk sahabatnya Abu Bakar, La tahzan Innallaha ma’ana. Syeikh tanya apa maksud La tahzan Innallaha ma’ana kepada orang Syiah itu, lalu si Syiah itu menjawab, ini menunjukkan bahawa Abu Bakar lemah imannya. Dikata Abu Bakar lemah iman sebab Abu Bakar sedih di dalam gua. Syiah kata Allah hanya meredhai 7 orang saja sahabat dari berpuluh ribu orang sahabat ketika itu. Inilah aqidah sesat Syiah.



14) Syeikh cerita satu kisah yang berlaku dizaman Imam Abu Hanifah. Satu hari datang seorang laki kepada Abu Hanifah, dia kata, ya Abu Hanifah, kami ada dengar dari seorang ghafilin(syiah) yang suka memaki sahabat nabi dan dia ni ada 2 ekor keldai. Dia punya jahat, dia namakan dua keldai dia ini dengan nama Umar dan Abu Bakar. 2 ekor keldai ni digunakan untuk membajak tanah. Setiap kali dia suruh keldai dia buat kerja, dia akan sebut, “abu bakar pergi buat kerja kat sana tu. Lalu laki yang mengadu kepada Abu Hanifah ini bertanya, bolehkah aku membunuh lelaki ini? Abu Hnaifah kata jangan, jangan bunuh dia. Suatu hari nanti Allah akan membalas nya. Seperti yang kita tahu, karakter Umar tu sangat tegas, garang sampai kan Syaitan pu takut dengan Umar. Pada suatu hari ketika lelak Syiah ini berjalan di depan keldainya yang diberi nama Umar, si lelaki ini telah disepak oleh keldai bernama Umar ini dan patah pinggang dia pada waktu itu juga.

Apa yang berlaku kepada ghafilin ini, Allah akan buat sama kepada Basyar al-Assad. Syeikh menyeru kita semua supaya membantu umat Islam di Syria. Syeikh juga kata, sesiapa yang dah pergi haji, dan dia nak pergi lagi untuk kali kedua, Syeikh kata jangan pergi, guna duit yang dia nak pergi haji tu untuk dia infaq kan kepada rakyat Syria. Ini lebih utama daripada kamu pergi haji untuk kali keduanya. Hadis Rasulullah, “siapa yang menyiapkan kelengkapan perang untuk orang pergi berperang, maka dia juga akan dapat pahala berperang itu.”

Pakat sebarkan. :)
 

No comments:

Post a Comment