Thursday, December 20, 2012

Cerita Jalaluddin Al Rumi


Pada suatu hari,Jalaluddin Al Rumi menceritakan seorang lelaki tua yang sedang menaiki kuda ternampak seorang anak muda yang sedang tidur lena di bawah sebatang pokok. Waktu itu, tengah hari dan cuaca panas terik. Anak muda itu pula tidur dengan lena, mulutnya pula ternganga luas.

Berlaku kejadian yang agak mengejutkan, sedang si anak muda itu nyenyak tidur, lelaki tua itu melihat seekor ular yang sangat berbisa sedang merayap dan memasuki mulut anak muda yang sedang tidur itu dan terus ke perutnya.

Tanpa berlengah, lelaki tua itu mengambil sebatang kayu dan terus memukul anak muda itu sehingga dia terjaga. Kesakitan, kebingungan malah terkejut!

"Cepat makan epal bususk itu, supaya kamu selamat. Cepat!" Kata si lelaki tua.

"Aduh.. Jangan pukul saya pakcik. Tolong! Anak muda itu pula berusaha menyelamatkan diri.

"Makan epal busuk itu dulu. Makan cepat, kalau mahu selamat!"

Pakcik itu malah terus-menerus mengejar dan memukul anak muda itu. Tetap tegas dengan arahannya mahu anak itu memakan epal busuk yang ada di sana.

Mahu tidak mahu, anak muda itu terpaksa mematuhi arahan tersebut. Dimakannya epal-epal busuk yang bertaburan di sana, dalam kesakitan sambil menahan bau busuk yang ada. Ada juga epal yang dimakan itu berulat.

"Makan terus dan jangan berhenti. Makan lagi!" Pakcik tua itu terus mengarahkan pemuda itu untuk tidak menghentikan perbuatannya. Akhirnya, si pemuda itu sudah tidak mampu menahan dirinya untuk terus memakan epal-epal yang busuk itu. Dengan bau yang sangat menyengat, dia lalu termuntah-muntah.

Segala yang dimakan tadi akhirnya dimuntahkan semula. Alangkah terkejutnya bilamana melihat muntahnya itu, mengalir sama seekor ular yang berbisa. Ular itulah yang nyaris-nyaris meragut nyawa si pemuda itu, yang sedang alpa dalam lenanya.

"Pakcik, terima kasih. Maafkan saya!"

Si anak muda tu lantas memeluk pakcik tua misteri itu dengan perasaan yang gembira dan lega.


nota kaki: Bolehkah anda membantu saya mencari maksud tersirat di sebalik cerita ini? Terutamanya tentang 'epal busuk' itu. bagaimana untuk mengaitkan kisah ini dengan kehidupan kita? Terima kasih

No comments:

Post a Comment