Thursday, December 20, 2012

Ahli Parlimen Likud yakin Israel mampu musnahkan Iran





         
TEL AVIV: Ahli parlimen dari Parti Likud, Danny Danon, berkata Israel mampu membinasakan Iran dengan mudah bagi menghalang negara itu memiliki senjata nuklear.

Kata Danon, Israel sedia bertindak sendiri ke atas Iran bagi mencapai matlamat berkenaan. “Kami akan melakukan apa yang perlu, termasuk menggunakan tentera, kerana program Iran itu bukan saja menjadi ancaman kepada Israel, tetapi juga rakyat Amerika Syarikat,” katanya. Justeru, kata Danon, AS perlu terbabit dalam konflik berkenaan jika Israel menyerang Iran.


Merujuk kepada sejarah, Danon berkata, konflik di antara Israel dan Arab sentiasa berpihak kepada rejim Zionis itu. “Kami melakukannya di Iraq pada 1981 dan kami sedia melakukan perang yang sama ke atas Iran,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment