Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).
Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.
Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan
i) kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55,
ii) kos baik pulih RM3,581,744.78,
iii) bil elektrik RM10,267,868.15 dan
iv) bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun. ( 2 juta utk air???? )
Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.
"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun,"
P/S : Apa relevannya membazirkan duit pembayar cukai hampir 50 juta setahun semata-mata nak tanggong 2 orang ini walhal dah dibayar gaji dan elaun yang tinggi (ingat membazir tu amalan Syaitannnn)...Renungkan jika RM 49 juta ini kita bina rumah untuk rakyat miskin yang berharga RM 35,000, maka kita mampu membina 1,400 unit buah rumah. Jadi tidak perlu TV3 suku membuat rancangan BersamaMu yang menunjukan rumah yang tiada atap, lantai berlubang, tiada dinding dan lain². Bila buat rancangan BersamaMu minta duit dari rakyat , kenapa tak minta pada Kerajaan Malaysia.

No comments:
Post a Comment