SLEMAN: Ratusan anggota pertubuhan Islam Yogyakarta mengadakan demonstrasi di depan pejabat pemerintah daerah Sleman mendesak kerajaan bertindak ke atas gereja tidak berdaftar, semalam.
Jurucakap kumpulan itu berkata, sebelum ini mereka beberapa kali mengajak pihak gereja terbabit berunding tetapi gagal.
Organisasi Islam tempatan kemudian menghantar surat kepada pengurusan gereja berkenaan bagi menyampaikan teguran mereka.
“Sekali lagi usaha itu gagal dan kini kami menyerahkan masalah berkenaan kepada pihak kerajaan tempatan,” katanya. Tinjauan mendapati, gereja yang dipertikaikan itu beroperasi sejak dua tahun lalu dan pada asalnya adalah rumah persendirian.
Sementara itu, Ketua Derah Sleman, Sri Purnomo, berkata gereja berkenaan memang dibuka tanpa kebenaran.
Katanya, gereja itu pernah mengemukakan permohonan kepada kerajaan tempatan tetapi ditolak. “Gereja itu tidak memenuhi syarat ditetapkan, termasuk kesesuaian persekitaran,” katanya. - Republika
No comments:
Post a Comment