Thursday, December 20, 2012

Ketua Daerah Garut bersalah amal poligami tanpa izin





         
TAROGONG KIDUL: Ketua Daerah Garut, Aceng Fikri, didapati bersalah melanggar undang-undang poligami kerana mengahwini seorang remaja berusia 17 tahun dalam pernikahan tidak berdaftar, kata Dewan Perwakilan Daerah Garut, semalam.

Ketua Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes itu, Asep Lesmana Ahlan, berkata Aceng bersalah kerana gagal mendaftarkan pernikahan itu seperti sepatutnya. “Pernikahan itu juga berlangsung tanpa kebenaran isteri Aceng, Nurrohimah,” katanya.


Pernikahan Aceng dengan Nurrohimah dikurniakan tiga cahaya mata. Kata Asep, sebagai suami, Aceng juga perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum mengamalkan poligami. Aceng mengahwini Fani Oktora pada 14 Julai lalu dengan mengaku duda.

Bagaimanapun, Fani diceraikan empat hari kemudian atas alasan Aceng mendapati wanita itu bukan lagi anak dara selepas malam pertama. Perceraian itu turut mencetuskan kontroversi apabila Aceng cuma menggunakan khidmat pesanan ringkas. - JP

No comments:

Post a Comment