Selepas dari tarikh 25 Disember (perayaan Krismas) apakah yang akan berlaku pada hari berikutnya. Ada yang meramalkan pada tahun 2012 akan berlaku KIAMAT. KIAMAT adalah rahsia Allah Taala.
Ini adalah rentetan peristiwa yang berlaku dalam sejarah pada tanggal 26 Disember iaitu tarikh MAUT:
1. 26 Disember 1932- gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa.
2. 26 Disember 1939 - gempabumi berlaku di Turki membunuh 40,000 nyawa.
3. 26 Disember 1996 - ribut Greg berlaku di Keningau, Sabah membunuh seramai 200 nyawa, 102 hilang dalam ribut dan 3,000 hilang kediaman.
4. 26 Disember 2003 - gempabumi berlaku di BAM, Iran membunuh 45,000 nyawa.
5. 26 Disember 2004 - gempabumi /tsunami di wilayah Aceh membunuh seramai 220,000 nyawa..
Sama-samalah kita perkuatkan AMAL dan BERDOA dan BERSELAWAT moga tiada MUSIBAH menimpa kita sepanjang tahun 2012 ini.
Daripada Ubai bin Kaab r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. apabila sampai 1/3 malam baginda pun bangun lalu bersabda:
"Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) yang diikuti dengan peristiwa yang amat dahsyat (gelombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut)."
Walla hu'aqlam!
No comments:
Post a Comment