Thursday, December 20, 2012

Selamatkan pelarian Palestin: Mahmud





         
RAMALLAH: Presiden Mahmud Abbas menggesa komuniti antarabangsa membantu pelarian Palestin meninggalkan kem mereka di Syria supaya boleh memasuki Tebing Barat dan Gaza.

Agensi berita Wafa melaporkan, Mahmud meminta Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, dan komuniti antarabangsa memudahkan rakyat Palestin di Syria memasuki wilayah Palestin.


“Bantuan diperlukan kerana kem pelarian Palestin terdedah kepada konflik berdarah di Syria,” katanya.

Gesaan dibuat selepas puluhan ribu pelarian meninggalkan Yarmuk yang menjadi tempat perlindungan rakyat Palestin.


Yarmouk adalah satu daripada 12 kem perlindungan disediakan Syria untuk pelarian Palestin.


Bandar itu dibom kali pertama pada Ahad lalu, menyebabkan kematian sekurang-kurangnya lapan orang awam. - AFP

No comments:

Post a Comment