JAKARTA - Indonesia mempercepatkan proses penghantaran pulang warganegaranya yang bekerja di Syria berikutan keadaan yang semakin buruk di Syria.
Pengarah Penerangan dan Media Kementerian Luar Negeri Indonesia, P.L.E. Priatna berkata, semua warganegaranya, yang kini ditempatkan sementara di pejabat perwakilan Indonesia di Damsyik, sudah mula dipindahkan secara berperingkat ke Beirut, Lubnan sebelum dibawa pulang ke Indoensia.
"Jumlah mereka lebih daripada 600 orang dan bilangan mereka dijangka bertambah sejajar dengan peningkatan konflik di Syria," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu di Beirut, Duta Besar Indonesia Dimas Samodra Rum berkata pihaknya sedia menerima penghantaran warganegara Indonesia dari Syria itu dan akan ditempatkan di bangunan kedutaan besar itu serta menyewa pangsapuri jika tempat di kedutaan itu tidak mencukupi.
Pada masa ini sejumlah 156 warganegara Indonesia telah tiba di Beirut pada 24 Disember dan daripada jumlah itu 70 orang sudah dihantar pulang ke tanah air pada 26 Disember, kata Dimas. - Bernama
No comments:
Post a Comment