Friday, December 28, 2012

Umar Al Khattab

Novel ini diulangcetak lagi..

Umar Al Khattab, namanya digeruni masyarakat Quraisy Jahilliah. Umar Al Khattab orang yang gagah dan berani. Beliau mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, Sebelum Islam dia dikerumuni oleh syaitan, apabila mendapat hidayah, syaitan takut menghampirinya. Apabila Umar Al Khattab melalui satu lorong, syaitan tidak akan melalui lorong itu.

Umar al Khattab memeluk Islam berkat doa Nabi Muhamad saw. Setelah masuk Islam maka Islam bertambah kuat. Umat Islam boleh keluar bersembayang secara terang-terangan. Apabila hendak berhijrah, Umar mengumumkan pemergian secara terang-terangan kepada orang ramai..

Pendapat Umar Al Khattab banyak yang benar. Mengenai tawanan perang Badar Saidina Abu Bakar mencadangkan supaya tawanan itu dibebaskan dengan wang tebusan dan mengajar anak-anak orang Islam. Umar Al Khattab mencadangkan supaya semua tawanan itu dibunuh. . Walaupun pendapatnya ditolak Umar Al Khattab sedikit pun tidak marah.

Ketika Abdullah Bin Ubai, Ketua Munafik meninggal dunia Umar Al Khattabb tidak bersetuju Rasullullah saw menyembahyangkannya. Kemudian turun ayat yang membenarkan pendapat Umar Al Khattab.


Umar Al Khattab antara 10 sahabat Nabi Muhammad saw yang dijamin masuk Syurga. Umar Al Khattab amat menyayangi Nabi Muhamad saw sehingga tidak percaya kewafatannya mujur dapat ditenangkan Abu Bakar.

Semasa menjadi Khalifah Ar Rasyidin selepas Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al Khattab banyak berjasa terhadap Islam antaranya, berjaya menyebarkan Islam di Parsi, berjaya menakluk Baitul Maqdis dan membuka negeri Mesir.

Dalam pentadbiran pula beliau menubuhkan Majlis As Syura, mengadakan wilayah dan melantik gabenor, mengadakan pentadbiran tanah, mewujudkan sistem polis dan tentera, kemajuan dalam bidang pejaran dan pendidikan, membina jalan, membina bank Negara (Baitul Mal), mewujudkan bandar-bandar baru, menentukan keleder Islam dan sebagainya.- Abdul Latip Talib |
========================================
ADMIN II ///

No comments:

Post a Comment