Friday, December 28, 2012

Presiden Syria-Rusia bincang selesai krisis



BEIRUT - Presiden Syria, Bashar Assad difahamkan telah  menghantar diplomat kanan negara itu ke Moscow semalam untuk membincangkan cadangan-cadangan yang dibuat oleh Duta Khas PBB-Liga Arab, Lakhdar Brahimi untuk menamatkan konflik 21 bulan.

Pegawai lapangan terbang di Beirut memberitahu The Associated Press, Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal Mekdad dan Penolong Menteri Luar, Ahmad Arnous telah terbang ke Moscow awal semalam.

Lelaki berkenaan berharap dapat merisik pegawai-pegawai Rusia tersebut mengenai butiran yang dibincangkan bersama Brahimi di Damsyik awal minggu ini.

Brahimi dilaporkan cuba untuk menguruskan peralihan kuasa secara aman.

Pembangkang  teguh menolak sebarang penyelesaian yang akan membolehkan Bashar dan kerajaannya kekal dalam kuasa.

"Kami telah diberitahu setiap pegawai kita telah bertemu, yang kerajaan dan presidennya tidak boleh kekal dalam kuasa, dengan atau tanpa kuasa mereka. Ini tidak boleh diterima untuk Syria," tulis Moaz Alkhatib, ketua Gabungan Kebangsaan pembangkang, di laman Facebooknya.

"Kepimpinan gabungan telah memberitahu Lakhdar Brahimi secara langsung bahawa penyelesaian dari sudut itu ditolak," katanya lagi.

Isnin lalu, Brahimi berkata keadaan itu "membimbangkan" dan tidak memberi petunjuk kemajuan ke arah penyelesaian yang dirundingkan bagi kemelut perang saudara itu.

Brahimi dijadual akan pergi ke Moscow sebelum akhir bulan ini.

No comments:

Post a Comment