Ketua Pengarah Polis Tentera Rejim, Kolonel Abd Azizi Syallal telah mengisytiharkan dirinya menyertai revolusi rakyat sekaligus menyertai barisan mujahidin pembebasan Syria (FSA).
Ia adalah ekoran rasa kecewa dan marah beliau di atas segala kezaliman rejim selama 22 bulan lalu hingga mengorbankan lebih 50 ribu warga Syria. Khasnya selepas kejadian pengeboman jet MiG rejim ke atas sebuah kilang roti di Halfaya beberapa hari yang lepas.
Syallal adalah antara pegawai berpangkat tinggi yang banyak mengetahui segala rahsia sulit rejim termasuk beberapa operasi tentera rejim. Beliau juga bertanggungjawab menguruskan penjara-penjara di seluruh Syria.
Khasnya penjara Saydana dan Tadhmour (penjara yang menjadi pusat tahanan kebanyakan pejuang-pejuang Ikhwan Muslimin Syria semenjak zaman Syaikh Marwan Hadid lagi, sekitar era 80 an)
No comments:
Post a Comment