Tuesday, February 5, 2013

Zionis rancang zon penampan di Syria



Damsyik: Tentera Israel dipercayai merancang membuat pangkalan yang menjadi zon penampan dalam wilayah Syria bagi menghadapi serangan musuhnya.

Sumber dalaman regim Zionis itu berkata, rancangan berkenaan dijangka dilaksanakan apabila Bashar al-Assad tidak lagi menjadi Presiden Syria.


“Tel Aviv bimbang berdepan serangan dari luar kawasannya,” katanya.

Sumber itu berkata, melalui zon penampan itu, Israel mampu melihat potensi serangan lebih awal.


Katanya, wilayah dirancang itu terletak 16 kilometer di Bukit Golan.


“Dua briged infantri dan batalion kereta kebal akan ditempatkan di pos yang diletak di beberapa wilayah Syria,” katanya. Kelmarin, Bashar mendakwa, Israel cuba melemahkan Syria dengan serangan udaranya minggu lalu. Bashar juga berkata, serangan itu membuktikan Israel bekerjasama dengan negara asing bagi memerangi Syria. - Agensi

No comments:

Post a Comment