Mahmoud Ahmadinejad
Mahmoud Ahmadinejad
DUBAI - Presiden  Mahmoud Ahmadinejad menuduh keluarga speaker Parlimen negara itu terlibat dalam rasuah, sekali gus merancakkan permusuhan kedua-dua pemimpin yang berpengaruh itu ketika Teheran sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya.
Dipetik Reuters, ketika berucap di Parlimen dalam mempertahankan salah seorang menterinya daripada tindakan pendakwaan, Mahmoud memainkan rakaman perbualan melibatkan abang speaker, yang menurutnya menggambarkan keseluruhan keluarganya  terlibat dalam rasuah.

Speaker Ali Larijani dilihat akan mencabar Mahmoud dalam pilihan raya Jun ini.

Bagaimanapun rasuah kewangan dijangka bakal menjejaskan usahanya mencabar Mahmoud.

Mahmoud memainkan rakaman perbualan antara Saeed Mortazavi, seorang bekas pendakwa raya, dan Fazel Larijani, saudara terdekat speaker bagi membuktikan keluarga Ali terlibat sama dalam usaha mengaut keuntungan ekonomi bagi kepentingan
sendiri.

Mahmoud juga berkata yang Fazel menggunakan pengaruh adik-beradiknya bagi menghapuskan apa saja halangan dalam perniagaan.

"Ini merupakan audio dan video, di dalam pita ada lagi perbualan yang lebih jelas," kata Mahmoud.

Ali menyerang balik kenyataan Mahmoud sambil berkata, dakwaan presiden itu tidak berasas.

"Masalahnya presiden sendiri tidak tahu menilai dan tidak menunjukkan tingkah laku yang sewajarnyan," kata Ali.

"Tetapi tidak mengapalah, jika presiden memainkan pita itu, ia sebenarnya lebih baik kerana rakyat mampu menilai dan memahami watak sebenar presiden mereka," tambahnya.

 "Saya juga  bukan orang pertama yang akan diserang oleh individu-individu seperti Mafia," katanya lagi.