Ketua pemberontak Mali berjaya ditangkap
Kerajaan Perancis menghantar tenteranya dalam membantu menghapuskan kumpulan pemberontak
BAMAKO - Pemimpin ketiga kumpulan bersenjata yang menawan wilayah Timbuktu dalam utara Mali sejak minggu lalu, Mohamed Moussa Ag Mouhamed disahkan ditahan berdekatan sempadan Algeria, semalam.

Menurut sumber keselamatan Mali, penangkapan Mohamed Moussa berlaku di utara bandar Kidal iaitu kubu terakhir pemberontak yang mengawal utara negara selama 10 bulan sebelum pasukan ketenteraan Perancis melancarkan operasi pada 11 Januari lalu.

"Pemimpin nombor tiga pergerakan Ansar Al-Dine ini adalah individu yang berperananan menyemai keganasan, mengarahkan hukuman potong tangan dan menyokong amalan syariah secara tegas," kata pegawai daerah Kidal, Abdoulaye Toure.

Mereka pecaya penangkapan turut dibantu pergerakan pemisah Tuareg iaitu Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Azawad (MNLA) atau kumpulan serpihan Ansar Al-Dine, Pergerakan Islam Azawad (MIA).  - Al-Jazeera