5 Februari 2013
ANKARA - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk tindakan Israel dengan menggelar mereka pencetus keganasan negara dan pelanggar undang-undang antarabangsa selepas tentera Zionis melancarkan serangan udara di Syria.
"Mana-mana pihak tidak seharusnya beranggapan Israel akan berbuat baik. Seperti kita tahu, kerajaan rejim Zionis itu memiliki mentaliti pencetus keganasan negara," kata Erdogan.
Erdogan berkata demikian selepas Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengesahkan tenteranya telah melancarkan serangan bom yang menyasarkan kompleks ketenteraan di pinggir Damsyik, Rabu lalu.
"Kita tidak boleh menerima pencabulan dilakukan Israel. Kerajaan Zionis telah melanggar undang-undang antarabangsa," katanya.
Selain Turki, kepimpinan Majlis Keselamatan Kebangsaaan Iran, Saeed Jalili turut menyelar serangan tersebut dan berkata, negara Islam dunia tidak akan sesekali membenarkan serangan serupa berulang di Syria.
Sementara itu di Damsyik, Presiden Bashar Al-Assad turut mendakwa Israel cuba menggugat kerajaan Syria dengan melancarkan serangan udara ke atas pangkalan penyelidikan tenteranya. - Al-Jazeera

No comments:
Post a Comment