21 maut serangan Abu Sayyaf di Sulu
Tentera pembebasan berkumpul di Sulu sejak tiga minggu lalu.
MANILA - Keganasan antara puak pelampau di Filipina kembali tercetus selepas sekurang-kurangnya 21 maut dalam pertempuran antara militan Abu Sayyaf dengan kumpulan ekstremis negara itu di selatan Filipina, semalam.

Kelmarin , militan Abu Sayyaf membebaskan dua tahanan terdiri daripada petugas media warga Filipina.

Seorang komander Barisan Pembebasan Kebangsaan yang mempunyai perjanjian autonomi dengan kerajaan berkata, kumpulan Abu Sayyaf bertindak enggan menyerahkan kesemua tebusan warga asing yang ditawan sejak beberapa bulan lalu.

“Mereka terdiri daripada wartawan televisyen Jordan dan dua lelaki Eropah,” katanya.

Media tempatan melaporkan, lapan tentera Moro dan  13 militan Abu Sayyaf terbunuh dalam pertempuran di hutan wilayah Patikul, Sulu.

“Beratus pejuang bersenjata Pembebasan Kebangsaan berkhemah di hutan itu sejak tiga minggu lalu untuk membebaskan kesemua tahanan yang diculik, tetapi jumlah keseluruhannya belum diketahui termasuk mangsa yang cedera,” menurut laporan itu. - AP