Tuesday, February 5, 2013

Rampas Tanah Nyawa Bakong.

Asalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera..

Ini ada lah suatu tragedi yg pernah berlaku sikit masa dulu... Tragedi kerajaan malaysia merampas tanah iban dgn kekerasan di bumi Sarawak..

Membawa senjata api menghalau penduduk asli demi tembolok syarikat sawit & kroni politik barisan nasional...

Rakyat iban kampung telah di tembak dan cuba disembunyikan kekejamannya oleh kerajaan kita... Inilah malaysia negara tercinta...

Tragedi ini sebenarnya berlaku dlm lingkungan tahun 1997.. di sarawak perjuangan mereka adalah perjuangan mempertahankan tanah wilayah adat.. perjuangan mereka ini berterusan sehingga ke hari ini.

Dalam tragedi bakong.. puncanya ialah beberapa syarikat ladang kelapa sawit tiba2 dtg dan memusnahkan kawasan tanah orang iban... masyarakat iban yg tinggal di rumah panjang masih mempunyai akal yg waras.. mereka membuat laporan polis..


Tapi... tak ada apa2 tindakan dari polis... masyarakat iban masih tak berputus asa.. ketua rumah panjang mereka menulis surat pula pada jabatan2 kerajaan yg berkaitan utk mintak tolong... tapi masih hampa... tanah wilayah iban masih terus di sodok oleh syarikat sawit...


Sebulan mereka bersabar... langsung tak ada siapa yg peduli.... akhirnya masyarakat iban berbincang sesama mereka... mereka bertindak merampas jentera korek yg sedang sedap meratah hutan di tanah iban... Kunci jentera kemudiannya masyarakat iban serahkan pada polis yg pernah memekakkan telinga pada report yg mereka pernah buat...


Lantaran dari kejadian itu.. syarikat sawit berjumpa dgn masyarakat iban untuk mintak balik jentera mereka.. masyarakat iban tak nak bagi... syarikat sawit buat report polis...

Pada pertengahan disember 1997... satu trak polis datang ke rumah panjang iban... polis rupanya menjadi barua pada syarikat sawit... polis datang nak tuntut jentera yg di rampas masyarakat iban.. perbincangan di buat.. masyarakat iban mahu syarikat sawit berhenti dari merampas tanah mereka sebagai syarat... masyarakat iban tak nak bagi semula jentera syarikat sawit selagi syarat ini tidak di penuhi.. polis balik dgn tangan kosong...


Pada esok harinya... 19 Disember 1997... polis datang lagi... masyarakat iban ini suatu masyarakat yg sgt baik pada tetamu.. mereka mengadakan satu upacara tradisi menyambut tetamu.. mereka yakin polis datang untuk berbincang hal tanah mereka.. mereka berkumpul di luar rumah panjang.. melakukan upacara adat mereka.. mereka tersenyum sesama mereka.. mereka harap polis datang untuk bersetuju dengan syarat mereka..

Rupanya pasukan Police Field Force yg datang siap bersenjata api berat.. sampai m16 pun dibawak sama... berpakaian seragam mereka tapi tanpa no pengenalan mereka... polis datang berniat untuk menangkap ketua rumah panjang iban dan lain2 iban yg terlibat....


Banggau ak Andop adalah ketua rumah panjang yg mereka kehendaki... Banggau juga adalah org yg sama buat report pada polis hal tanah iban yg di tarah.. Banggau juga org yg sama menulis pada jabatan2 kerajaan mengadukan hal tanah iban..


Polis menyerbu untuk menangkap semua iban yg ada di situ.. ramai iban yg cuba mengelak... ketua operasi polis mengeluarkan arahan tembak.. tanpa sebarang amaran dari polis... jugak tak ada tembakan amaran.. tiga iban di tembak... iban yg lain pula di hadiahkan pukulan belantan polis... tak lupa juga sepak terajang dari polis... ramai yg di tangkap pada hari itu...


Beberapa hari selepas itu.. Salah seorang iban yg ditembak iaitu Enyang ak Gendang.... mati... Di hospital.. dgn peluru yg masih tertanam dalam kepalanya... Di bunuh oleh polis yang... mengaku melayu... mengaku islam... bernama koperal Hussaini bin Sulong...


Sekian dulu untuk kali nih...
Sebar2kan... Terbaik dari Astana Kandis...

-kandis-http://astanakandis.blogspot.com/2013/02/rampas-tanah-nyawa-bakong.html

No comments:

Post a Comment