TUNJANG - Seorang nenek bimbang keadaan keselamatan dua cucunya apabila rumah usang yang mereka diami di Kampung Baru, Batu 17 Jalan Kodiang dekat sini, mulai mereput.
Suri rumah, Mariam Mohd Nor, 66, berkata, jika berlakunya angin kencang dan hujan lebat mereka terpaksa berjaga sepanjang malam kerana bimbang ia akan roboh.
Menurutnya, dia sudah beberapa kali memohon bantuan untuk membaik pulih rumahnya itu namun, tiada tindakan pihak terlibat selepas permohonan dibuat.
“Kami bertindak membuat permohonan rumah semasa arwah (suami) masih ada dan sehingga sudah lima tahun ketiadaan arwah kerja untuk membaik pulih rumah ini tidak dilaksanakan dan keadaannya bertambah teruk.
“Ada juga mereka datang untuk mengambil gambar keadaan rumah ini, tetapi tiada tindakan selanjutnya. Apabila ditanya mereka memberikan alasan sama dengan menyatakan permohonan itu sudah diluluskan sebalik peruntukannya belum sampai,” katanya kepada Sinar Harian.
Mariam berkata, dia yang tinggal bersama cucunya yang masing-masing berumur tujuh dan 12 tahun hanya menginginkan sedikit keselesaan untuk menginap di rumah sendiri kerana kedua cucunya masih bersekolah.
“Saya bimbang keadaan itu turut menjejaskan pencapaian mereka di sekolah kerana tidak dapat mengulang kaji pelajaran dengan selesa.
“Memandangkan saya tidak bekerja, kami hanya mengharapkan pencen arwah suami untuk perbelanjaan seharian dan ia tidak mencukupi untuk membaik pulih rumah ini," katanya.
Katanya, keadaan tambah membimbangkan apabila terdapat litar elektrik lama yang masih berfungsi di rumah itu dan ia mengundang bahaya pada bila-bila masa.
“Saya hampir berputus asa dengan permohonan yang dibuat dan berharap pihak terlibat dapat segerakan permohonan untuk baik pulih rumah ini seperti dijanjikan,” katanya.

No comments:
Post a Comment