Tuesday, February 5, 2013

Presiden Iran mahu jadi angkasawan pertama

TEHERAN - Presiden Mahmoud Ahmadinejad berkata beliau sedia mengambil risiko menjadi manusia pertama dihantar ke angkasa lepas oleh Iran.

“Saya bersedia menjadi rakyat Iran pertama dihantar ke angkasa lepas dan mengorbankan diri saya bagi saintis negara kita,” katanya kepada media rasmi negara itu, semalam.

Iran minggu lalu berjaya menghantar monyet ke angkasa lepas sekali gus mencatat kejayaan kepada negara itu dan berhasrat menghantar angkasawan sebenar dalam tempoh lima atau enam tahun akan datang.

Monyet yang dikenali sebagai Pishgam itu dilaporkan mengembara sejauh 120 kilometer dan selamat kembali ke bumi.

Pelancaran itu turut mencetuskan kebimbangan Barat mengenai program angkasa lepas Iran kerana teknologi roket mereka berpotensi digunakan bagi peluru berpandu balistik pada peledak nuklear.

Pegawai angkasa Iran juga berkata, mereka akan melancarkan sebuah roket yang lebih besar bagi menghantar haiwan yang lebih besar sebelum menghantar manusia ke angkasa lepas.

Beberapa pengguna laman sosial Twitter ada memberi respons terhadap hasrat Mahmoud yang didakwa hanya bermotifkan politik.

Salah seorang pengguna Twitter, @heyitsuban membalas 'Tweet' yang dikemas kini oleh Senator Amerika Syarikat, John McCain yang berbunyi, “Wow, itu hanya cara bagi meningkatkan wacana politik semata-mata."

Sebelum itu, McCain mengemas kini status Twitternya dengan berkata, “Jadi Mahhmoud mahu menjadi rakyat Iran pertama ke angkasa lepas, tetapi mengapa tidak dikatakan dari minggu lepas?”

ENDS

No comments:

Post a Comment