MOSCOW: Russia akan menghantar dua pesawat ke Lebanon dalam misi mengeluarkan warga negaranya yang terkandas dalam perang saudara di Syria.
Misi membawa keluar rakyat Russia itu dibuat selepas Moscow semakin bimbang mengenai masa depan Presiden Bashar Assad yang gagal meneruskan pemerintahannya.
Kementerian Kecemasan Russia berkata, dua pesawat dijadual berlepas ke Beirut hari ini untuk membawa keluar lebih 100 rakyat negara itu dari Syria.
Russia menjadi sekutu utama Assad ketika tercetusnya konflik di negara Arab itu pada Mac 2011 apabila Russia menggunakan kuasa vetonya di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengekang tindakan sekatan antarabangsa. - AP
No comments:
Post a Comment