Tuesday, January 22, 2013

Kisah mangsa yang terselamat

Joseph Balmaceda (tengah), terpaksa
dipapah ketika menunggu kenderaan
selepas mengadakan sidang media di
Manila, Filipina, semalam. - AGENSI
MANILA 21 Jan. - Seorang warga Filipina yang berjaya diselamatkan dalam krisis tebusan kompleks pemprosesan gas Algeria hari ini menyatakan anggota militan menggunakan mereka sebagai pelindung manusia bagi menghentikan serangan helikopter tentera.
Joseph Balmaceda, 42, yang mempunyai empat orang anak berkata, dia melihat seorang warga Jepun dililit dengan bahan letupan manakala dia dan tebusan lain diikat dengan kabel dalam krisis tebusan di kompleks di In Amenas tersebut.
''Setiap kali tentera Algeria cuba menggunakan helikopter untuk menembak musuh, kami akan digunakan sebagai pelindung manusia.
''Kami diarah mengangkat tangan. Tentera tidak boleh menembak mereka selagi kami dijadikan tebusan,'' katanya kepada wartawan selepas tiba di Manila.
Balmaceda yang luka di muka dan mengalami hilang pendengaran seketika berkata, hanya dia terselamat daripada sembilan tebusan yang dibom di dalam sebuah van oleh kumpulan militan.
''Dua anggota militan sedang memindahkan sembilan tebusan ke pusat kompleks tersebut tetapi bom itu meletup ketika pertempuran dengan tentera Algeria,'' katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130122/lu_02/Kisah-mangsa-yang-terselamat#ixzz2IetUfYdX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment