ALGIERS: Tiga puluh tujuh warga asing dari lapan negara, termasuk rakyat Algeria, terbunuh selepas menjadi tebusan dalam serangan terancang di Kompleks Carigali Minyak dan Gas Amenas, timur Algeria, dengan sebahagian daripada mereka dibunuh dengan kejam.
Perdana Menteri Algeria, Abdelmalek Sellal, berkata lima rakyat asing masih hilang dan beberapa tebusan yang ditawan ditembak di kepala dalam krisis empat hari yang berakhir dengan lautan darah Sabtu lalu.
Perdana Menteri mengeluarkan angka rasmi selepas Algeria memberi amaran kepada negara yang terbabit untuk mengenalpasti rakyat mereka yang bekerja di negara berkenaan, di tengah-tengah kebimbangan bahawa angka korban dalam serangan terburuk dalam tempoh sedekad itu mungkin meningkat kepada 50.
"Tiga puluh tujuh rakyat asing dari lapan negara yang berbeza terbunuh semasa menjadi tebusan,” kata Sellal kepada pemberita, dengan menambah seorang warga tempatan turut terbunuh menjadikan jumlah keseluruhan kepada 38.
Antara warganegara yang menjadi korban adalah Jepun, Filipina, Britain, Romania dan Perancis. Amerika Syarikat juga mengesahkan tiga rakyatnya antara yang maut. - AFP
No comments:
Post a Comment