Tuesday, January 22, 2013

Israel terus melakukan kekejaman

logo tabung gaza
Tabung Kemanusiaan Gaza.

SHAH ALAM - Kekejaman yang dilakukan tentera Israel terhadap penduduk Palestin masih tiada noktahnya.

Setiap hari pasti ada berita kemusnahan bandar termasuk rumah-rumah yang menjadi sasaran tentera Zionis ini. Terkini, 55 buah bangunan telah dirobohkan di kawasan Al Maleh dan Al Mayta, utara Lembah Jordan.

Kemusnahan itu membuatkan ramai rakyat terus dihimpit derita, malah kanak-kanak turut trauma dengan segala bentuk kekejaman yang dilakukan.

Operasi besar-besaran tentera Israel itu dilakukan serentak di dua lokasi tersebut.

Akibat kemusnahan itu, sebanyak 41 rumah musnah hingga menyebabkan 187 orang hilang tempat Tentera Israel sengaja merosakkan tangki air di rantau Tebing Barat, di mana air sengaja dibuat terhad untuk rakyat Palestin.

Al Maleh dan Al Mayta iaitu dua buah kampung yang terletak di utara Lembah Jordan, berhampiran pusat pemeriksaan Tayasir yang turut menerima gangguan bekalan air.

Di atas rasa keprihatinan terhadap penderitaan itu, Sinar Harian menerusi Tabung Gaza-Sinar ditubuhkan untuk mengutip dana membantu rakyat Palestin.

Hulurkanlah sumbangan anda. Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun yang tertera.

Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi Sinar Harian di talian 03-51013888.

No comments:

Post a Comment