Tuesday, January 22, 2013

Ibu Pejabat Polis diserang, 3 anggota polis maut



KABUL 21 Jan. - Sekurang-kurangnya tiga anggota polis dan tiga pengebom berani mati terbunuh dalam serangan berterusan selama enam jam di sebuah ibu pejabat polis di sini, semalam.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jeneral Abdul Rahman, empat anggota polis lain, dua anggota pasukan khas dan enam orang awam cedera dalam serangan tersebut manakala dua daripada lima penyerang masih berkurung di bangunan tersebut.
Keganasan di seluruh negara telah meningkat sejak tahun lepas, keadaan itu mencetuskan kebimbangan terhadap 350,000 pasukan keselamatan Afghanistan yang akan menguruskan keselamatan negara selepas tentera asing beredar menjelang 2014.
Empat anggota polis dan tujuh orang awam tercedera dalam serangan tersebut yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi apabila dua pengebom berani mati meletupkan bahan letupan, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqqi.
Sekurang-kurangnya dua pengebom berani mati yang bersenjata senapang automatik menyerbu bangunan tersebut yang terletak di antara dua hab polis yang tidak jauh dari bangunan Parlimen.
"Serangan bermula awal tahun ini dan keadaan ini menunjukkan situasi teruk akan berlaku di sini," kata seorang saksi yang enggan memberitahu namanya.
Minggu lalu, enam pengebom berani mati menyerang Lembaga Kebangsaan bagi Keselamatan Afghanistan (NDS) menyebabkan dua pengawal keselamatan terbunuh. Serangan tersebut berlaku ekoran kegagalan percubaan membunuh ketua NDS, Asadullah Khalid. - REUTERS/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130122/lu_06/Ibu-Pejabat-Polis-diserang-3-anggota-polis-maut#ixzz2IetjugFp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment