WASHINGTON 21 Jan. - Sekurang-kurangnya 30 peratus komander tentera Amerika Syarikat (AS) dipecat dalam tempoh lapan tahun lalu kerana kesalahan berhubung perbuatan seksual termasuk penderaan dan hubungan sulit.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130122/lu_04/Tentera-AS-rendah-akhlak#ixzz2IetJHjqf
© Utusan Melayu (M) Bhd
Data itu menunjukkan peningkatan kebimbangan Jabatan Pertahanan AS dan ketua tentera berhubung penurunan nilai etika di dalam pasukan tentera AS.
Jumlah tersebut juga mengutarakan masalah yang semakin merebak selepas peletakan jawatan seorang jeneral tentera terkemuka, David Petraeus dan siasatan ke atas jeneral, John Allen yang merupakan komander AS di Afghanistan.
Statistik dalam kalangan empat sayap tentera menunjukkan hubungan luar nikah merupakan kelemahan utama.
Melihat kepada semua kesalahan termasuk penderaan seksual, pornografi, dadah, alkohol dan kesalahan etika, lebih daripada empat orang daripada 10 orang komander melibatkan pegawai berpangkat leftenan kolonel ke atas dipecat sejak 2005.
Kejadian terbaharu melibatkan pemecatan Brigadier Jeneral Jeffrey Sinclair sebagai komander di Afghanistan pada Mei lalu dan kini didakwa di mahkamah tentera di atas dakwaan sodomi, berzina dan pornografi.
Pendakwaan dan perbicaraan pegawai tentera tersebut diberikan liputan media secara menyeluruh.
Kes tersebut membawa kepada satu penilaian ke atas latihan melibatkan etika di dalam pasukan keselamatan tersebut.
Kejadian terbaharu itu juga menyebabkan Pengerusi Ketua-ketua Turus tentera, Jeneral Martin Dempsey menyimpulkan latihan etika yang disediakan mencukupi, namun latihan itu perlu dimulakan lebih awal dan diulangi dengan lebih kerap. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130122/lu_04/Tentera-AS-rendah-akhlak#ixzz2IetJHjqf
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment