MOSCOW - Dua pesawat membawa pulang kumpulan pertama terdiri daripada 77 warga Rusia termasuk kanak-kanak dari Beirut tiba di lapangan terbang Moscow, menurut pihak berkuasa, semalam.
Tindakan pertama kali sejak Syria mula bergolak kira-kira dua tahun lalu itu diambil selepas konflik di negara tersebut dilaporkan semakin meruncing.
Difahamkan, proses membawa pulang puluhan ribu warga Rusia itu akan dilakukan secara berperingkat.
Sebelum ini, Rusia sering dianggap sebagai pelindung utama rejim Bashar al-Assad namun, pendirian mereka dilaporkan mula berubah, bulan lalu. - Al- Jazeera
No comments:
Post a Comment