Thursday, January 24, 2013

Mangsa tebusan baru 3 bulan bertugas di Algeria



IPOH 23 Jan. - Chong Chung Ngen, rakyat Malaysia yang terbunuh dalam krisis tebusan di kompleks minyak dan gas di In Amenas, Algeria, baharu tiga bulan bertugas sebagai inspektor kawalan kualiti di syarikat JGC Construction Pte. Ltd yang beroperasi di negara itu.
Isteri mangsa, Karen Tham Yoke Hing, 54, memberitahu, kematian Chung Ngen amat mengejutkan seluruh ahli keluarganya memandangkan dia baru sahaja meninggalkan keluarga untuk bertugas di luar negara.
"Suami baharu tiga bulan bertugas dan jadi begini. Tiada sesiapa boleh menerima berita sedih seperti ini," katanya sebak ketika ditemui pemberita yang menunggu hampir dua jam di luar kediaman mereka di Taman Ipoh Timur di sini petang ini.
Yoke Hing memberitahu, pada mulanya dia tidak tahu menahu mengenai insiden tebusan di kompleks berkenaan sehinggalah mendapat liputan meluas media.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130124/je_03/Mangsa-tebusan-baru-3-bulan-bertugas-di-Algeria#ixzz2Irhzqs3f
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment