Thursday, January 24, 2013

Seorang pengganas bekerja di syarikat gas



ALGIERS 24 Jan. - Seorang pengganas yang berjaya dibunuh pasukan khas tentera Algeria dalam insiden tebusan di kompleks pemprosesan gas di In Amenas merupakan seorang pemandu untuk sebuah syarikat di situ, kata seorang sumber keselamatan, semalam.
Sumber itu bagaimanapun tidak memperincikan syarikat tempat suspek tersebut bekerja namun menegaskan mayatnya telah dicam seorang pekerja kompleks berkenaan.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Jepun semalam mengesahkan jumlah korban membabitkan rakyatnya dalam insiden tebusan di In Amenas meningkat daripada tujuh kepada sembilan orang.
``Agak malang, kami boleh mengesahkan akan kematian dua orang rakyat kami,’’ kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130124/lu_09/Seorang-pengganas-bekerja-di-syarikat-gas#ixzz2IrhQaQ1k
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment