Tuesday, January 15, 2013

Mekanik mati di lokap Polis



'Buktikan dia bersalah, jangan pukul sampai mati'

Ahli keluarga seorang mekanik yang ditemui mati dalam lokap polis Balai Polis USJ 8 Subang Jaya semalam meminta siasatan dijalankan bagi mengenalpasti sebab kematian pemuda berusia 30 tahun itu ketika berada dalam tahanan.

Bapa mendiang, Chang Chan Man berkata anaknya Chang Chin Te sepatutnya dibuktikan kesalahan mengikut undang-undang dan bukannya diperlakukan seperti yang disyakinya itu.

Chang ketika ditemui pemberita hari ini berkata, beliau tidak dapat menerima kematian anaknya yang didakwa "mati secara teruk".

"Kalau polis boleh membuktikan dia bersalah, dakwa di mahkamah dan hantar ke penjara. Jangan pukul sampai mati.

"Saya berharap, pegawai tertinggi polis boleh siasat secara terperinci dan beri kita satu kebenaran," katanya.

Chang yang merupakan ketua jawatankuasa Kampung Baru Subang berkata anaknya meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak berusia antara dua setengah tahun hingga sembilan tahun.

Mayat mendiang kini dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibuat bedahsiasat buat kali kedua selepas bedahsiasat pertama di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Dalam sidang media di rumah mendiang, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu berkata dua pegawai polis datang ke rumah isteri Chin Te di Kampung Baru Subang sekitar jam 12 tengah hari semalam dan memberitahu bahawa suaminya sudah meninggal dunia.

"Apabila ditanya oleh isteri si mati tentang sebab kematian, tidak ada jawapan. Lalu dia pergi ke hospital dan mendapati ada kesan berdarah di hidung dan telinga, muka bengkak dan dada jatuh," kata Ronnie.

Ronnie mendakwa isteri si mati sempat mengambil gambar mendiang tetapi didakwa "dipaksa" oleh polis untuk memadamkannya.

Bagaimanapun, kata Ronnie, isteri sempat menyimpan sekeping gambar yang menunjukkan keadaan muka si mati.

Surat permit menguburkan si mati yang dikeluarkan hospital menyatakan bahawa mendiang ditemui mati di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya.

"Punca kematian masih dalam siasatan," kata Ronnie yang membaca surat tersebut.
Turut hadir menziarahi keluarga mendiang antaranya dua exco kerajaan Selangor Teresa Kok dan Ean Yong Hian Wah, ADUN Bukit Tungku Lau Weng San dan ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashimsumber

No comments:

Post a Comment