MARANG – Sukar untuk mengungkap keperitan hidup yang perlu dilalui dua beranak, Azhar Abdullah, 47, dan ibunya, Ngah Talib, 63, apabila kedua-dua mereka terpaksa menggunakan kerusi roda dalam menjalani kehidupan harian.
Bagi Azhar, walaupun ditakdirkan perlu menghabiskan sisa-sisa hidup dalam keadaan sedemikian, namun mereka tetap mahu hidup berdikari dengan kudrat yang masih ada.
“Ibu tidak mampu untuk bergerak ke mana-mana dan hanya menghabiskan masa di rumah.
"Ibu mengalami kecederaan tulang belakang akibat terjatuh ketika menyapu sampah di tempat kerjanya empat tahun yang lalu.
“Saya pula terpaksa menggunakan kerusi roda selepas terlibat kemalangan pada 1983. Kemalangan itu menyebabkan saya lumpuh,” katanya di rumahnya di Kampung Padang Tanjung di sini, semalam.
Azhar berkata, mereka bergantung sepenuhnya pada bantuan bulanan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) sebanyak RM250 sebulan setiap seorang.
“Sedikit sebanyak dapat menampung keperluan walaupun kehidupan kami diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
“Kami perlu tabah dan bersyukur kerana ramai datang menjenguk dan memberi bantuan termasuk Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar dan Zaidi Muda,” katanya.
Menceritakan rutin hariannya, Azhar hanya akan keluar rumah seminggu sekali untuk mendapatkan barangan dapur, manakala untuk membayar bil dan ke klinik bagi mendapatkan bekalan ubat ibunya sekali dalam sebulan.
Menurutnya, walaupun mendapat bantuan bulanan, mereka masih memerlukan perhatian sewajarnya dengan keadaan masing-masing yang berkerusi roda dan kini berteduh di sebuah rumah diperoleh melalui bantuan kerajaan di kampung itu.

No comments:
Post a Comment