Tuesday, January 15, 2013

Pesilat sentiasa berwuduk

Panglima Hitam Chula Sakti dan Singa Berantai, Y.Bhg Dato' Guru Abd Majid Mat Isa menegur tindakan Megat Zulkarnain Omar Din yg mengheret pesilat pesilat Lincah ke kancah pergaduhan politik. 

“Pesilat sentiasa berwuduk, baca ayat surah at-Taubah dan bersumpah laknat. Sebab itu tak boleh tunjuk lagak. Ilmu silat ada pantang-larangnya. Kalau berlagak, kita tak selamat. Allah yang akan balas,” Beliau merujuk kejadian 4 Disember lalu apabila dua penyokong Pakatan cedera diserang samseng Umno termasuk pesilat Lincah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Kampung Gombak Utara.

Seorang daripada mereka cedera ditikam kerambit manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu. Kata Cikgu Majid, silat untuk mempertahan diri jika diancam, bukannya untuk menyerang orang yang tidak bersalah dan tidak bersenjata.

"Jangan sengaja tunjuk kelebihan. Saya keluarkan arahan kepada semua guru Gayong dan anak buah, jangan sembarangan tunjuk lagak. Mereka yang melakukan kesalahan wajib bertaubat,” katanya.

TEGURAN YANG LEMBUT TAPI MAKAN DALAM WOOOOOOO... PESILAT YG DIBAWA UMNO HANYA PANDAI MENCARUT DAN MAKI HAMUN, MEREMPIT, KAKI BETINA DAN BACUL!!!
 —

No comments:

Post a Comment